Maklumat Penanaman Gomphrena Gnome
Maklumat Penanaman Bagi : Annual Gomphrena Gnome
Nama Biasa :Gomphrena
Nama Botanik :Gomphrena globosa
Kiraan Benih :10,200/auns ; 360/gram
Suhu Percambahan Optimum: 77°F / 25°C
Suhu Penanaman Optimum: 65-75°F / 18-24°C

Gomphrena Gnome adalah tanaman yang ideal dalam taman di kawasan yang panas dan lembap. Gomphrena Gnome amat kerdil dan padat yang senang ditumbuh dan dijaga. Mempunyai percabangan secara basal dengan batang bunga yang kuat. Ketinggian tanaman adalah kira-kira 8 inci / 20 cm dan adalah ideal untuk tanaman dalam pasu 3 - 4 inci / 8 - 10 cm. Gomphrena Gnome boleh didapati dalam warna merah jambu, ungu, putih dan campuran dengan bunga bersaiz 1.2 cm. Gnome kelihatana amat sihat dengan daun hijau gelap yang memberikan kontras yang baik kepada bunga yang berwarna-warni.

Biji benih dijual dalam bentuk mentah untuk menyenangkan semaian

Peringkat Percambahan – Dulang 288 lubang - 5 minggu
Peringkat 1
(Hari Pertama - Ke-10) : Bubuh 1 biji benih Gomphrena Gnome dalam dulang semaian yang mempunyai media steril yang telah dikeringkan dengan baik dan mempunyai pH di antara 5.8 hingga 6.2. Tutup biji benih dengan lapisan vermikulit yang nipis dan kekalkan kelembapan pada suhu 77°F / 25°C.

Peringkat 2 (Hari Ke-11 - Ke-21) : Apabila anak benih kelihatan, kurangkan kadar kelembapan dan letakkan dulang dalam rumah hijau yang terang dan mempunyai pengudaraan yang baik. Bubuh sedikit baja pada anak benih dengan 75 ppm Nitrogen dari baja seimbang yang berdasarkan kalsium nitrat. Suhu optimum waktu siang adalah di antara 75-78°F / 24-26°C dengan suhu waktu malam 65°F / 18°C.

Peringkat 3 (Hari Ke-22 - Ke-30) : Kekalkan suhu optimum dan E.C. di antara 1.0 hingga 1.5 (2:1 berlumpur) dengan pH di antara 5.8 dan 6.2. pH yang tinggi akan mengurangkan kehadiran boron yang akan menyebabkan pinggir daun kelihatan hangus dan tidak sihat. Anda disarankan menggunakan 0.25 ppm Boron apabila membubuh baja.

Peringkat 4 (Hari Ke-31 - Ke-35) : Tanaman kini menghampiri peringkat pemindahan. Kurangkan kadar kelembapan dan tahap baja untuk menyediakan tanaman bagi pemindahan.

Peringkat Pemindahan - 5-7 minggu
Pek / Pasu: Gomphrena Gnome boleh dijual dalam pek jumbo semasa ianya hijau atau pasu 3-4 inci/8-10 cm apabila tanaman kelihatan warna.

Baja: Gomphrena lebih menggemari tanah yang telah dikeringkan dengan baik dengan pH di antara 5.8 hingga 6.2 dengan media E.C. di antara 1.0 hingga 1.5 (2:1 berlumpur).

Cahaya: Gomphrena Gnome berasal dari kawasan gurun dan dapat menahan kadar cahaya yang tinggi. Kadar cahaya optimum light levels adalah di antara 5,000 - 10,000 f.c / 53,000 - 106,000 lux.

Jadual: Sebagai tanaman bedding, berikan masa 7 hingga 10 minggu dari semaian untuk pek dan 12 minggu untuk pembungaan bagi pasu 4 inci / 10 cm.

Tip Pemasaran: Gomphrena Gnome boleh dijadikan komponen yang baik dalam bekas bercampur dengan Petunia Merlin, Portulaca Sunseeker, Vinca Victory dan Zinnia Profusion. Amat ideal untuk digunakan sebagai sempadan dan pinggiran. Dapat menahan keadaan yang amat panas dan kering.

Tip Penanaman: Pastikan tanaman adalah kering di antara penyiraman untuk mengelakkan dari rhizoctonia.

Penyakit dan Serangga: Leaf spot, rust, damping off dan hama daun.